Like Facebook Add to Circles Follow us on Twitter Subcribe to our RSS feeds

Sunday 19 April 2015

PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA KG. RINCHING HILIR 2015

Assalamualaikum, Salam Muhibbah dan Salam 1 Malaysia.

Alhamdulillah kehadrat Allah S.W.T, atas dasar kesedaran tentang kepentingan kebersihan alam sekitar, pada hari Ahad tanggal 19 April 2015, Pihak JKKK Kg Rinching Hilir telah menganjurkan sebuah program yang diberi nama "Program Gotong-Royong Perdana 2015" yang turut sama dibantu oleh JKKKP Kampung Rinching Hilir.

Program Gotong-Royong Perdana 2015 telah menggabungkan golongan Veteran dan Golongan Muda Kg Rinching Hilir. Berkat Kerjasama ini, program gotong-royong telah berjalan lancar dan selesai pada sebelah petang hari.


Wakil JKKK dan JKKKP bergambar bersama
Wakil JKKK dan JKKKP bergambar bersama

Antara serikandi yang turut hadir menjadi sukarelawan
Antara serikandi yang turut hadir menjadi sukarelawan
Memotong rumput di bahu jalan
Memotong rumput di bahu jalan



Para sukarelawan
Para sukarelawan

Memotong dan membersihkan longkang
Memotong dan membersihkan longkang

Mecantas pohon
Mecantas pohon

Para Sukarelawan berehat di Balai Raya
Para Sukarelawan berehat di Balai Raya

Hj Abd Malek antara Veteran Kampung Rinching Hilir
Ketua Kampung Rinching Hilir, Abd Malek turut sama bergotong royong mengindahkan kampung

Memotong Daun kelapa Sawit yang terjulur
Memotong Daun kelapa Sawit yang terjulur

Membersihkan semak
Membersihkan semak

Membersihkan Semak
Membersihkan Semak


Membina landkap Mini
Membina landkap Mini

Diharap Program Gotong Royong seperti ini akan dijalankan secara berkala dan berterusan di masa hadapan demi kepentingan dan kesihatan Penduduk Kampung Rinching Hilir.

2 comments:

  1. saya mohd mohyiddin bin mohamed mesbah bendahari JKKK kg rinching hilir ingin membuat pencerahan disini berkaitan program gotong royong yang di paparkan di dalam blog ini. Program gotong royong ini adalah anjuran JKKK Kg Rinching Hilir bukan anjuran JKKKP Kg Rinching Hilir. Memandangkan kebersihan kampung adalah tanggungkawab bersama penduduk kampung dan untuk kepentingan semua penduduk kampung Pengerusi JKKK merangkap Ketua Kampung Haji Abdul Malek bin Haji Ridzuan (bukan veteran kg rinching hilir seperti yg tercatat pada gambar beliau) telah menjemput semua warga kampung untuk bersama-sama dalam program ini. Semua penduduk kampung tahu bahawa Hj Abdul Malek bin Haji Riduan adalah ketua kampung rinching hilir. Melabelkan beliau sebagai veteran kg rinching hilir adalah tindakan yang tidak wajar seperti mahu menafikan jawatan beliau yang sah mengikut struktur pentadbiran kerajaan negeri selangor.Sila betulkan saya sekiranya maklumat yang saya berikan ini tidak benar.

    ReplyDelete

  2. Waalikumussalam,

    Terima kasih kepada Saudara Mohd Mohyiddin yang telah menegur kesilapan pada post kami bertarikh 19 April 2015.

    Saya Md Saad B Lazain, Setiausaha JKKKP Kampung Rinching Hilir dan seterusnya mewakili JKKKP ingin membuat permohonan maaf secara terbuka kepada JKKK Kampung Rinching Hilir diatas dua (2) kesilapan:

    1. Kesilapan dalam menyatakan penganjur program yang sebenar iaitu JKKK Kg Rinching Hilir dan bukan JKKKP Kg Rinching Hilir. Pihak JKKKP hanya membantu secara tidak lansung dalam program Gotong Royong Perdana 2015.

    2. Tidak menyatakan status Jawatan "Ketua Kampung" yang sah mengikut struktur pentadbiran kerajaan Negeri Selangor dan hanya menggelarkan beliau sebagai "Vateran".

    Pihak JKKKP telah meminta Web Master kami untuk membetulkan dua (2) kesilapan yang dinyatakan seperti diatas dengan kadar segera.

    Kami menerima sebarang komen membina atau teguran dengan hati terbuka dan berlapang dada.

    Sekian Terima Kasih & Assalamualaikum W.B.T


    Sila like Facebook Page "JKKKP Kampung Rinching Hilir Bangi"

    ReplyDelete