Like Facebook Add to Circles Follow us on Twitter Subcribe to our RSS feeds

Sunday 19 April 2015

PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA KG. RINCHING HILIR 2015

Assalamualaikum, Salam Muhibbah dan Salam 1 Malaysia.

Alhamdulillah kehadrat Allah S.W.T, atas dasar kesedaran tentang kepentingan kebersihan alam sekitar, pada hari Ahad tanggal 19 April 2015, Pihak JKKK Kg Rinching Hilir telah menganjurkan sebuah program yang diberi nama "Program Gotong-Royong Perdana 2015" yang turut sama dibantu oleh JKKKP Kampung Rinching Hilir.

Program Gotong-Royong Perdana 2015 telah menggabungkan golongan Veteran dan Golongan Muda Kg Rinching Hilir. Berkat Kerjasama ini, program gotong-royong telah berjalan lancar dan selesai pada sebelah petang hari.


Wakil JKKK dan JKKKP bergambar bersama
Wakil JKKK dan JKKKP bergambar bersama

Antara serikandi yang turut hadir menjadi sukarelawan
Antara serikandi yang turut hadir menjadi sukarelawan
Memotong rumput di bahu jalan
Memotong rumput di bahu jalan

Saturday 18 April 2015

KOSPEN SEMPENA HARI SUKAN SEKOLAH 2015

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada para pengunjung Blog Rasmi JKKKP Kg. Rinching Hilir.

Alhamdulillah, pada hari  Sabtu 18 April 2015 bertempat di Sekolah Kebangsaan Rinching Hilir, telah berlansung Program KOmuniti Sihat, Perkasa Negara (KOSPEN) dengan jayanya.

Program KOSPEN pada kali ini telah diadakan bersama-sama dengan Sukan Tahunan 2015 Sekolah Kebangsaan Rinching Hilir.

Program KOSPEN dan Sukan Tahunan Sekolah telah diraikan bersama Y.B Dato Haji Johan ADUN Semenyih.

Antara program yang telah berlansung selama satu hari ialah seperti :
  • Ujian Kesihatan dan Kaunseling Percuma
  • Pertandingan Khemah Rumah Sukan Tercantik
  • Cabutan Bertuah 
  • Sukaneka
  • Aktiviti Bersama Bank Rakyat Bandar Baru Bangi


Berikut adalah beberapa bingkisan gambar yang sempat di rakam lensa sepanjang program KOSPEN dan Sukan Tahunan Sekolah. Selamat menatap




Kain Rentang "Program Komuniti Sihat Perkasa Negara"
 

Pendaftaran Ibubapa dalam pemeriksaan kesihatan



Sukarelawan KOSPEN sedang menjalankan pemeriksaan kesihatan

YB Dato Haji Johan Menjalani Ujian Pemeriksaan Kesihatan