Like Facebook Add to Circles Follow us on Twitter Subcribe to our RSS feeds

Sunday 27 September 2015

PROGRAM IBADAH KORBAN KEMAS BERSAMA MASYARAKAT KG.RINCHING HILIR TAHUN 2015

Sempena Hari Raya Aidiladha, ibadah korban merupakan landasan terbaik mengukuhkan hubungan silaturahim sesama ummah terutama dalam kalangan masyarakat.Anggota Kemas Malaysia dari Putrajaya tidak ketinggalan dalam ibadah ini dengan membuat Program Korban bersama-sama masyarakat Kg. Rinching Hilir yang dibantu oleh Anggota Kemas Daerah Hulu Langat.
Program ini telah dijalankan pada 27 September 2015 bertempat di perkarangan Masjid Kg. Rinching Hilir bermula dari jam 7.30 pagi hingga 2.30 petang.

Di antara yang turut hadir dalam program ini YBhg Dato' Hassan bin Mohd Amin Ketua Pengarah Kemas Malaysia, En. Hassan bin Manaf Timbalan Ketua Pengarah Kemas Malaysia, Tuan Haji Amiruddin bin Ariffin Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi, En.Mohd Adnan bin Mohd Daud Pengarah Kemas Negeri Selangor, En. Mahathir bin Mohamad Pegawai Kemas Daerah Hulu Langat dan lagi tetamu jemputan
yang turut hadir bersama-sama masyarakat Kg. Rinching Hilir.

Program ini dimulai dengan penyembelihan 2 ekor lembu korban seterusnya dilapah dan disiang diagihkan kepada 3 bahagian. Sebahagiannya dimasak secara bergotong royong.Sebelah tengahari acara bertahlil seterus ucapan Pengerusi JKKKP Kg. Rinching Hilir Tuan Haji Ahmad bin Ariffin dan ucapan YBhg Dato'
Hassan bin Mohd Amin, penyampaian daging dan beras kepada asnaf-asnaf seterusnya jamuan makan dan bersolat Zohor.
 Dato' Hassan bin Mohd Amin sedang memberi ucapan penghargaan
 YBhg. Dato' turut serta dalam memasak bersama dengan penduduk
Kari daging antara menunya
 Beberapa Penyelia Kemas menyiapkan hidangan
 Pengerusi JKKKP sedang memberi ucapan alu-aluan
 Penduduk kampung sedang menikmati hidangan
 YBhg. Dato' menyampaikan cenderahati kepada Nazir Masjid
 YBhg. Dato' menyampaikan agihan daging kepada salah seorang asnaf
Ketua Kg.Rinching Hilir bersama Datuk Penghulu Mukim Beranang sedang menikmati makanan.

Thursday 24 September 2015

PROGRAM IBADAH KORBAN MASJID KG. RINCHING HILIR 2015

 HARI RAYA KORBAN TELAH ISTIHARKAN PADA 24 SEPTEMBER 2015 BERSAMAAN
 10 ZULHIJAH 1436. PENDUDUK KG.RINCHING TIDAK KETINGGALAN MENGERJAKAN IBADAH KORBAN SECARA INDIVIDU DAN SECARA BERKELOMPOK YANG TELAH DIURUSKAN OLEH AJK MASJID. IBADAH KORBAN TAHUN INI  DI JALANKAN DI MASJID SEBANYAK 7 EKOR DAN TELAH DILAKUKAN SECARA BERGOTONG-ROYONG.
 Video penyembelihan seekor lembu korban
 berapa orang menolong menumbangkan lembu
Sebanyak 7 ekor lembu yang hendak di korbankan
Seekor lembu telah disembelihkan
Seekor lembu telah ditumbangkan
Kerja-kerja untuk melapah
Seekor lagi lembu sedang disembelih
Kerja-kerja melapah
Kerja-kerja melapah
Kerja-kerja memotong untuk agihan-agihan
Kerja-kerja memotong tulang-tulang
 Kerja-kerja memotong daging
Kerja-kerja memotong daging dan pengagihan bahagian -bahagian
 Tok Ketua bersama Setiausaha sedang memerhatikan pengagihan daging
Tuan Imam sedang mengagih-agihkan bahagian-bahagian korban