Like Facebook Add to Circles Follow us on Twitter Subcribe to our RSS feeds

Tuesday 25 August 2015

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH ANUGERAH DESA SEJAHTERA 1 MALAYSIA 2015 PERINGKAT DAERAH

Assalamualaikum...salam sehati sejiwa

Syukur alhamdulillah berkat kerjasama seluruh penduduk Kg.Rinching Hilir , telah dinobatkan menjadi Johan Daerah Hulu Langat.

 Majlis tersebut telah berlangsung pada 25 Ogos 2015 di Padang Pavolion UKM Bangi Selangor. Majlis Penyampaian itu juga turut berlangsung Temasya Sukan Tabika Kemas Daerah Hulu Langat 2015 yang telah disempurnakan oleh Ketua Umno Bahagian Serdang YBHG Datuk Dr. Haji Mohd Fathil bin Daud.

Turut hadir Pengarah Kemas Negeri Selangor En. Mohd Adnan bin Daun serta Pegawai Kemas Daerah En. Mahathir bin Mohamad, Ketua Hakim ADS1M En. Samsul Nizam bin Samsudin Pegawai Pembangunan Zon Daerah Hulu Langat/Sepang dan 2 orang panel Hakim ADS1M.

Pengerusi dan AJK JKKKP Kg.Rinching Hilir menerima Hadiah
YBHG Datuk Dr.Haji Mohd Fathil bin Daud sedang memotong reben  Perasmian


Pegawai Kemas Daerah Hulu Langat

Sunday 16 August 2015

JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI PERINGKAT KG.RINCHING HILIR 2015

Assalamualaikum WBT , Salam Muhibbah & Salam 1 Malaysia,

Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2015 peringkat Kampung Rinching Hilir Bangi telah diadakan pada 16 Ogos 2015 jam 8-10.30 malam di Perkarangan Masjid Kampung Rinching Hilir dengan meriahnya.

Jamuan Hari Raya Aidilitri 2015 ini adalah anjuran bersama di antara AJK Masjid, JKK dan JKKKP Kampung Rinching Hilir. Penganjuran bersama ini telah bermula sejak tahun 2014.

Ukhwah dan kerjasama yang diterapkan sepanjang majlis ini amat membanggakan dan berharap akan berterusan sepanjang tahun dalam mempelbagaikan lagi program kemasyarakatan penduduk kampung Rinching Hilir. Amin~

Berikut adalah gambar yang telah dirakam sepanjang Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2015



Banner Rasmi Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2015

Antara PEnduduk Kampung Yang Hadir
Antara PEnduduk Kampung Yang Hadir

Penduduk kampung sedang menikmati jaduah
Penduduk kampung sedang menikmati jaduah

Saturday 15 August 2015

KEM SAHSIAH REMAJA KG RINCHING HILIR BANGI 2015

Assalamualaikum W.B.T , Salam Muhibbah dan Salam 1 Malaysia

Kem Sahsiah Remaja Kg Rinching Hilir 2015 telah diadakan pada 15-16 Ogos 2015. Kem sahsiah ini telah berlangsung di Kem Lembah Azween, Sg. Semungkis, Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan.

Seramai 30 orang belia Kg. Riching Hilir berumur diantara 15-25 tahun telah menyertai Kem Sahsiah 2015. Kem ini turut mendapat penyertaan dari Kelab Generasi Muda RISDA Selangor (KGMR)

Penganjuran ini telah dikelolai Biro Belia,Sukan dan Rekreasi, JKKKP Kg. Rinching Hilir.

Majlis penutup telah dirasmikan oleh Saudari Mohd Halim Bin Wahab, Ketua Pemuda UMNO daerah Hulu Langat.

Syukur & Syabas kepada para peserta yang telah hadir dan memberi kerjasama yang amat baik sepanjang Kem Sahsia Kg Rinching Hilir 2015. Tahniah juga kepada AJK Biro Belia,Sukan dan Rekreasi yang telah bertungkus-lumus untuk menjayakan Kem Sahsiah Kg Rinching Hilir 2015 pada kali ini.

Diharap para peserta mendapat kesan positif hasil dari program Kem Sahsiah ini dan diharap segala ilmu yang dipelajari dapat dimanfaatkan samada pada diri sendiri mahupun pada keluarga anda.

Kami JKKKP Kg Rinching Hilir memohon maaf jika terdapat salah silap, cacat-cela dan kekurangan sepanjang Kem Sahsiah 2015 ini.

Berikut adalah bebepara foto yang dapat dirakam oleh lensa kamera kami.


Banner Rasmi Kem Sahsiah Remaja Kg Rinching Hilir 2015
Kain Rentang Rasmi: Kem Sahsiah Remaja Kg. Rinching Hilir 2015

Banner Rasmi: Program Karnival Kelab Generasi Muda RISDA Selangor (KGMR)
Kain Rentang Rasmi: Program Karnival Kelab Generasi Muda RISDA Selangor (KGMR)

Fasilitator RISDA sedang memberi ceramah
Fasilitator RISDA sedang memberi ceramah

Saturday 8 August 2015

PERSIAPAN ADS1M PERINGKAT NEGERI SELANGOR 2015

Assalamualaikum W.B.T dan Salam 1 Malaysia.

Persiapan untuk menghadapi pertandingana Anugerah Desa Sejahtera 1 Malaysia (ADS1M) peringkat negeri Selangor 2015 dan persiapan untuk menyambut  Hari Kemerdekaan tanggal 31 Ogos 2015 ini telah berlansung dengan lancar dan jayanya. Alhamdulillah berkat kerjsama antara penduduk kampung dan JKKKP telah membuahkan hasil yang memuaskan. Persiapan dan gotong royong telah bermula sejak 8 Ogos lalu.

Berikut adalah beberapa gambar persiapan yang sempat dirakam lensa.


Gotong Royong membuat hiasan dari barangan terpakai

Salah seroang penduduk menyusun bunga hiasan
Salah seroang penduduk menyusun bunga hiasan

Hasil tangan penduduk kampung membuat perhiasan dari barangan terpakai
Hasil tangan penduduk kampung membuat perhiasan dari barangan terpakai

AKAUN RASMI TWITTER, GOOGLE PLUS DAN RSS JKKKP KG RINCHING HILIR

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia,

Pada tanggal  8 Ogos 2015, JKKKP Kampung Rinching Hilir Bangi telah mewujudkan akaun Rasmi laman sosial terkenal iaitu Twitter dan Google +

Para penduduk Kampung Rinching Hilir Bangi dijemput untuk Follow akaun lama sosial JKKKP bagi memudahkan para penduduk untuk mengetahui sebarang maklumat aktiviti terkini yang bakal dan telah berlansung si sekitar Kampung Rinching Hilir Bangi 



AKAUN TWITTER JKKKP KG RINCHING HILIR
Akaun Twitter JKKKP Kampung Rinching Hilir Bangi
Akaun Twitter JKKKP Kampung Rinching Hilir Bangi
AKAUN GOOGLE+  JKKKP KG RINCHING HILIR
Akaun Google Plus JKKKP Kampung Rinching Hilir Bangi
Akaun Google Plus JKKKP Kampung Rinching Hilir Bangi



JKKKP juga telah mewujudkan RSS Feed. Sebarang post terkini dalam blog rasmi JKKKP akan dihantar terus ke email anda. 

TUTORIAL link RSS ke email peribadi anda:
1) Anda boleh menggunakan service percuma di https://www.feedmyinbox.com/
2) Masukkan Feed URL JKKKP iaitu : http://feeds.feedburner.com/JkkkpKgRinchingHilir
3) Masukkan alamat email anda seperti Yahoo atau Gmail
4) Klink "Feed My Inbox"



Sekian Terima Kasih

Monday 3 August 2015

FACEBOOK PAGE RASMI JKKKP KAMPUNG RINCHING HILIR, BANGI, SELANGOR

Assalamulaikum WBT

Laman Sosial Facebook Page JKKKP Kampung Rinching Hilir, Bangi Selangor telah ditubuhkan secara rasmi pada 3 Ogos 2015.

Tujuan Penubuhan FB Page adalah untuk memudahkan penyebaran maklumat terkini segala aktiviti JKKKP Kampung Rinching Hilir yang telah atau yang akan berlansung di sekitar kampung kita.

Diminta Jasa baik tuan/puan untuk "Like" dan "Share" Facebook Page kampung Kita.

Diharap Penubuhan Page Rasmi JKKKP ini dapat merapatkan lagi tali Silaturrahim Penduduk Kampung Rinching Hilir.


FACEBOOK PAGE RASMI JKKKP KAMPUNG RINCHING HILIR, BANGI, SELANGOR
FACEBOOK PAGE RASMI JKKKP KAMPUNG RINCHING HILIR, BANGI, SELANGOR


Sunday 2 August 2015

Program Pencernaan Minda 2015, Kg. Rinching Hilir, Bangi





Assalamualaikum W.B.T & Alhamdulillah, 

Pada hari Ahad, 2 Ogos 2015, bertempat di Balai Raya Kampung Rinching Hilir, telah berlansung dengan jayanya Program Pencernaan Minda 2015. Program ini telah dianjurkan oleh Jabatan Penerangan Hulu Langat. Terima Kasih diucapkan kepada AJK JKKKP Kg Rinching Hilir dan penduduk kampung yang telah turut sama memeriahkan program ini. Berikut adalah beberapa gambar yang telah sempat dirakam sepanjang program tersebut.

Jazakumullah Khairan Katsiran 


Mengikuti siaran langsung Pertandingan Pidato Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Batu Pahat, Johor
Mengikuti siaran langsung Pertandingan Pidato Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Batu Pahat, Johor
Pendaftaran org ramai dalam program ini
Pendaftaran org ramai dalam program ini