Like Facebook Add to Circles Follow us on Twitter Subcribe to our RSS feeds

Sunday 30 April 2017

PERTANDINGAN BOLA SEPAK KG RINCHING HILIR 2017



Pada 30.4.2017 pertandingan bola sepak 9 sebelah tertutup kg rinching hilir telah selesai dianjurkanoleh jkkkp kg.rinching hilir. Sebanyak 7 pasukan telah menyertai pertandingan ini. Tidak ketinggalan sukarelawati kospen kg rinching hilir bersama pelajar-pelajar dari ukm membantu membuat saringan kesihatan kepada pemain-pemain dan pengunjung yang hadir dalam pertandingan ini.




gambar bersama 

ucapan perasmian

Saturday 22 April 2017

PROGRAM SEPAKAT KOMUNITI 1 MALAYSIA 2016 BERSAMA JELAJAH ANAK UPM 2017


Pada 22 dan 23 April 2017 JKKKP menganjurkan Program Sepakat Komuniti 1 Malaysia bersama jelajah anak Universiti Putra Malaysia (UPM) 2017 dengan kerjasama SK rinching hilir. Seramai 77 orang pelajar menyertainya dan 25 keluarga angkat telah bersedia menerima pelajar-pelajar tersebut. Dalam masa 2 hari 1 malam bermacam-macam aktiviti dilakukan oleh pelajar tersebut. Antaranya,mengikuti ceramah agama dimasjid, senamrobik, sukaneka, kelas tuisyen, mengecat tembok. Perasmian ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Haji Johan ADUN Semenyih.


Aktiviti Senamrobik




Thursday 20 April 2017

PEMBENTANGAN PERTANDINGAN ANUGERAH DESA PERDANA PERINGKAT DAERAH HULU LANGAT 2017

JKKKP Kg Rinching Hilir telah dicalonkan dlm Pertandingan Anugerah Desa Perdana Daerah Hulu Langat 2017. Pada hari ini 20.4.2017 majlis penilaian dan penghakiman di bentang di Institut Kemajuan Desa (INFRA) Bandar Baru Bangi. 3 kampung telah membentangkan profil kampungnya.




Monday 17 April 2017

KELAS PENDIDIDKAN KESEJAHTERAAN KELUARGA (PKK) 2017

Pada 17/4/2017 telah berlansung Kelas PKK Kg Rinching Hilir(Ukiran Botol Kaca)
Cikgu  Nurul Suhaida Bt Ibrahim (KEMAS)
Peserta 15 orang
Kelas diadakan setiap 2 minggu (hari Isnin) bertempat di Pusat Komuniti JKKKP Kg Rinching Hilir, Bangi





Thursday 13 April 2017

PERASMIAN BAZAR SEMENYIH APRIL 2017

Pada 13/4/2017 Pengerusi dan AJK JKKKP Kg Rinching Hilir turut serta di majlis PERASMIAN BAZAR SEMENYEH. Majlis di rasmikan oleh YB DATO SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB.








Monday 3 April 2017